Sunday, November 7, 2010

ASSALAMUALAIKUM

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan petunjuk dan rahmat daripada-Nya, saya dapat menghasilkan blog ini...
semua tulisan di bawah bukanlah datang daripada idea saya sendiri tetapi telah diedit dan ditambah sedikit oleh idea saya..

Tujuan saya menulis berkenaan aurat lelaki dan wanita adalah kerana berleluasanya pemakaian manusia yang tidak menepati hukum dan syariat islam...semoga dengan penulisan ini, sedikit sebanyak dapat menjadi rujukan dan panduan kepada semua terutamanya diri saya sendiri.
InsyaAllah...



AURAT WANITA


Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka!!!!!!. Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, maka dibentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan dengan KEWAJIPAN MENUTUP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya. Antaranya ialah sebagaimana berikut;

Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}

Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]

1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.
Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24).
Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326)
beliau berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn Arabi.




kesalahan dalam berpakaian.


cara berpakaian yang betul

KEADAAN KEDUA: MELIHAT DENGAN HAJAT

Berikut ini adalah masalah yang berhubung kait dengan keadan kedua ini, iaitu:

1) Harus melihat muka dan tapak tangan perempuan ajnabi kerana hendak mengahwininya

2) Kerana hendak membeli hamba perempuan.

Diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

3) Kerana bermuamalat atau berurusan dengan perempuan seperti berjual beli. Yang dibenarkan hanyalah melihat mukanya sahaja untuk mengenalinya.

4) Menjadi saksi, seperti melihat faraj atau zakar kerana menjadi saksi zina atau melihat buah dada kerana menjadi saksi penyusuan.

5) Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat:
a) Pengubatan itu dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh dipercayai.
b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh mengubatinya.

6) Harus melihat muka perempuan ajnabi dan amrad ketika mengajar dengan syarat:
a) Ketiadaan tenaga pengajar wanita.
b) Berkeuzuran untuk mengajar di balik tabir, sebagai contoh: Ketika mengajar menulis atau menjahit guru terpaksa mengajarnya tanpa tabir.
c) Ada mahram, suami atau dua perempuan yang boleh dipercayai bersama perempuan tersebut.

7) Haram mengajar isteri yang telah ditalak.

Demikian himpunan hukum-kukum yang berkaitan dengan aurat perempuan yang dikutip dari Al-Quran, Hadis dan Ulama-ulama yang Muktabar.

Kesimpulannya; tidak syak lagi bahawa WAJIB bagi seorang perempuan menutup kepala dan seluruh tubuh kepada lelaki-lelaki asing.

Sebagai pengakhirnya renungilah firman Allah Taala seperti di bawah, semoga sama-sama kita mendapat peringatanNya;

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36}
.

AURAT LELAKI

Batasan yang disepakati oleh ulamak ialah dua kemaluan iaitu depan (bahagian zakar) dan belakang (bahagian punggung). Wajib lelaki menutup dua bahagian tersebut dari diperlihatkan kepada orang lain. Adapun yang selain dari itu, maka para ulamak berbeza pandangan;

Pandangan pertama; aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup. Dalil mereka hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;

أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ
“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)

Pandangan pertama ini merupakan pandangan jumhur ulamak.

Pandangan kedua; aurat lelaki hanyalah dua kemaluannya sahaja iaitu depan dan belakang. Paha tidaklah aurat. Mereka berdalilkan beberapa hadis antaranya hadis Anas r.a. yang menceritakan;

أن النبي صلى اللَّه عليه وسلم يوم خيبر حسر الإزار عن فخذه حتى إني لأنظر إلى بياض فخذه
“Pada hari peperangan Khaibar, terselak kain dari paha Nabi s.a.w. hingga aku dapat melihat putihnya paha baginda” (HR Imam Ahmad dan Imam al-Bukhari).

Pandangan kedua ini adalah pandangan mazhab az-Zahiri dan sebahagian ulamak mazhab Maliki.

Menurut Imam al-Bukhari; hadis Anas di atas lebih kuat sanadnya, namun hadis Jarhad adalah lebih berhati-hati. Jadi sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat), lebih baik kita berpegang dengan pandangan jumhur kerana kita dapat lari dari khilaf dan keraguan. Sabda Nabi s.a.w.; “Tinggallah yang meragukan kamu untuk berpindah kepada apa yang tidak meragukan kamu” (HR Imam at-Tirmizi dan an-Nasai. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).

Adakah pusat dan lutut termasuk aurat dan wajib ditutup?

Jumhur ulamak (merangkumi Imam Malik, Syafi’ie dan Ahmad) berpandangan; pusat dan lutut tidaklah aurat, namun wajib ditutup sebahagian darinya untuk menyempurnakan penutupan kawasan aurat di atas (yakni kawasan antara pusat dan lutut) kerana sesuatu yang tidak sempurna yang wajib kecuali dengannya maka ia turut menjadi wajib. Maksud wajib ditutup sebahagiannya ialah; menutup sebahagian pusat sebelah bawah dan sebahagian lutut sebelah atas.

Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; Pusat tidaklah aurat, akan tetapi lutut adalah aurat dan wajib ditutup.

Adakah harus seorang lelaki melihat aurat lelaki lain? Bagaimana pula dengan menyentuhnya?

Tidak harus. Tidak harus seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki lain dan menyentuhnya sekalipun tanpa syahwat kecuali ketika darurat. Adapun selain aurat, harus melihatnya dan harus menyentuhnya (dengan syarat tanpa syahwat). Setiap yang harus dilihat, maka harus disentuh kerana ia bukan aurat.

Sejauhmana seorang wanita harus melihat kepada lelaki dan menyentuh atau bersalaman dengannya?

1) Jika suaminya; harus ia melihat ke seluruh badan suaminya kerana tiada aurat antara suami isteri. Namun dimakruhkan melihat kemaluan. Begitu juga, harus ia bersalaman dan menyentuh suaminya tanpa sebarang had atau batasan.

2) Jika mahramnya; harus ia melihat kepadanya di kawasan bukan aurat (yakni kawasan selain antara pusat dan lutut). Dan harus ia bersalaman dan menyentuh mahramnya (di luar dari kawasan aurat) dengan syarat tanpa syahwat.

3) Jika bukan mahramnya (yakni lelaki ajnabi); harus ia melihat kepadanya di kawasan bukan aurat dengan syarat tidak menimbulkan fitnah dan tidak melihat dengan syahwat. Namun diharamkan bersalaman dengannya dan menyentuhnya sekalipun tanpa syahwat.

Kesimpulan; terhadap suami; harus ia melihat dan menyentuhnya tanpa sebarang batasan. Terhadap mahramnya; harus ia melihatnya dan menyentuhnya tetapi di luar dari kawasan aurat (iaitu kawasan antara pusat dan lutut). Adapun terhadap lelaki ajnabi; harus ia melihatnya tetapi tidak harus menyentuhnya. Terhadap suami; harus ia melihat dan menyentuh dengan syahwat. Adapun lelaki lain (sama ada mahram atau ajnabi), tidak harus ia melihat dan menyentuhnya dengan syahwat.

Apa dalil keharusan wanita melihat kepada lelaki (jika tanpa syahwat)?

1. Terdapat hadis di dalam Soheh al-Bukhari dan Muslim yang menceritakan; “Pada suatu hari raya beberapa lelaki Habsyah bermain di dalam masjid dengan lembing-lembing mereka. Nabi menyaksikan mereka. ‘Aisyah juga turut menyaksikan mereka dengan berdiri di belakang Nabi” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad). Sekiranya wanita tidak harus melihat kepada lelaki ajnabi, sudah tentu Nabi akan menghalang ‘Aisyah memandang lelaki-lelaki Habsyah yang sedang bermain itu.

2. Jabir r.a. menceritakan; “Aku menghadiri majlis solat hari raya bersama Nabi s.a.w.. Baginda memulakan dengan menunaikan solat -sebelum menyampaikan khutbah- tanpa didahuli azan atau iqamah. Kemudian (setelah solat), baginda bangun dengan bersandar pada Bilal dan (menyampai khutbah) dengan menyuruh bertakwa kepada Allah dan mentaatinya serta memberi peringatan kepada mereka. Kemudian baginda pergi kepada kaum wanita –dengan diiringi oleh Bilal- dan menyampaikan pula peringatan kepada kaum wanita…” (Riwayat Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan an-Nasai). Kita perhatikan dalam hadis ini; Nabi s.a.w. mengajak Bilal bersamanya semasa menyampaikan peringatan di hadapan kaum wanita. Sudah tentu Bilal akan dilihat oleh kaum wanita. Jika wanita tidak harus secara mutlaknya melihat kepada lelaki ajnabi, sudah tentu Nabi tidak akan membawa Bilal bersamanya.

Apa dalil diharamkan wanita menyentuh lelaki ajnabi (sekalipun tanpa syahwat)?

1. Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan;

وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ وَمَا بَايَعَهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ
“Demi Allah, tidak pernah sekalipun tangan Nabi s.a.w. menyentuh tangan wanita semasa berbai’ah. Baginda tidak membai’ah mereka melainkan dengan ucapannya sahaja” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Sekiranya seorang wanita harus menyentuh seorang lelaki ajnabi sudah tentu Nabi akan membai’ah para wanita dengan berjabat tangan dengan mereka sebagaimana yang baginda lakukan dengan kaum lelaki.

2. Dari Ma’qal bin Yasar r.a.; bahawa Nabi s.a.w. bersabda;

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

“Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216).

Benarkah ada ulamak yang mengharuskan wanita bersalaman dengan lelaki ajnabi jika lelaki itu telah tua?

Ya, iaitu ulamak-ulamak mazhab Hanafi. Mereka berpandangan; harus seorang wanita berjabat tangan atau bersalaman dengan lelaki yang telah tua dengan syarat aman dari fitnah (yakni aman dari dorongan nafsu sama ada dari dirinya atau dari diri lelaki tua itu). Jika tidak aman dari fitnah, tidak harus bersalaman.

Namun menurut jumhur ulamak; haram wanita bersalaman dengan lelaki ajnabi sama ada ia muda atau tua, dengan syahwat atau tanpa syahwat.

Apa yang dimaksudkan dengan “syahwat” dalam ungkapan-ungkapan kita sebelum ini?

Iaitu keinginan hati kepada jimak atau bibit-bibit pendahulu kepadanya. Melihat dengan syahwat ialah melihat dengan merasai kelazatan/keseronokan atau hati dan fikiran terkesan dengan kecantikan perkara yang dilihat.

Apa yang dimaksudkan dengan “aman dari fitnah” dalam ungkapan-ungkapan kita tadi?

Iaitu dorongan nafsu dan keinginannya kepada jimak (zina) atau bibit-bibit pendahulu kepadanya.

Apakah batasan aurat lelaki di dalam solat?

Batasan aurat lelaki di dalam solat sama seperti di luar solat iaitu antara pusat dan lutut mengikut pandangan jumhur ulamak. Menutup aurat di dalam solat adalah wajib dengan ijmak ulamak. Tidak harus seseorang mengerjakan solat dalam keadaan telanjang sedangkan ia mempunyai pakaian untuk menutup aurat dan solatnya adalah batal.

Apakah hukum lelaki mengerjakan solat tanpa berbaju?

Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. menyebutkan;

لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْواحِدِ، لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَيْء
“Janganlah sesiapa dari kamu mengerjakan solat dengan satu pakaian sahaja di mana tidak ada di atas bahunya satu pakaian pun” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut mazhab Hanbali dan Hanafi; tegahan hadis di atas menunjukkan kepada pengharaman. Jadi menurut pandangan ini; wajib ketika mengerjakan solat kita menutup atas badan kita dengan sebarang kain sekalipun nipis sekadar tidak menampakkan warna kulit.

Namun mazhab Syafi’ie dan Malik berpandangan; larangan dalam hadis di atas hanyalah larangan makruh sahaja, tidak haram. Jadi, mengikut pandangan ini; kita disunatkan memakai baju atau menutup bahagian atas badan kita ketika solat dan jika kita tidak melakukannya tidaklah sampai berdosa atau sampai membatalkan solat asalkan kita telah menutup aurat yang wajib (iaitu dari pusat ke lutut). Dalil pandangan kedua ini ialah; hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; seorang lelaki bertanya Nabi s.a.w.; ‘Adakah harus sesiapa dari kami menunaikan solat dengan hanya satu pakaian sahaja?’. Jawab Nabi s.a.w.;

أَوَ كُلُّكُمْ يَجِدُ ثَوْبَيْنِ
“Adakah ke semua kamu memiliki dua pakaian?”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini memberi pengertian; tidak semua orang memiliki dua pakaian. Jadi jika diwajibkannya sudah tentu akan menyukarkan orang yang tidak mampu untuk menunaikan solat. Berkata Imam an-Nawawi; hadis ini menunjukkan keharusan mengerjakan solat dengan memakai satu pakaian sahaja. Namun para ulamak sepakat bahawa; memakai dua pakaian adalah paling baik.
(nota daripada ustaz Ahmad Adnan Fadzil)

SEKIAN.TERIMA KASIH.

Monday, October 4, 2010

PERGAULAN BEBAS (IKHTILAATH)

DEFINISI:

“Percampuran bebas ialah berkumpulnya lelaki dan perempuan yang bukan mahram, atau lelaki dan perempuan yang bukan mahram di satu tempat yang membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan pandangan atau isyarat atau percakapan. Seorang lelaki yang berkhalwat dengan wanita asing (ajnabi) yang bukan mahramnya dalam keadaan apa pun dikira termasuk dalam erti kata ikhtilaath ini.

HUKUMNYA

Ikhthilaath haram hukumnya. Ia termasuk antara perkara-perkara yang paling berbahaya yang diancam orang islam supaya menjauhinya, kerana percampuran antara dua jenis yang berlainan itu, iaitu lelaki dan perempuan adalah diantara sebesar-besar sebab yang memudahkan berlakunya kejahatan (zina). Yang paling bahaya ialah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang perempuan kerana perbuatan itu menjadi jalan untuk syaitan.

Rasulullah SAW bersabda:

“tidak berkhalwat (berdua duaan) seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan syaitanlah yang ketiganya”. (HR Ahmad, at-Tirmidzi dan al-Hakim dan beliau mensahihkannya)

DALIL-DALIL PENGHARAMAN KHALWAT (BERDUA-DUAAN) DENGAN AJNABI

Terjemahan: “..dan apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi), maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir; yang demikian itu lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka..” (Surah al-Ahzab: 53)

Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah kamu masuk rumah menemui wanita-wanita. Maka seorang lelaki Anshar bertanya: bagaimana pendapat anda mengenai al-Hammu? Baginda menjawab: Al-Hammu itu adalah al-Mautu (kematian). (Hadith Muttafaqun ‘Alaih)

Al-Hammu ialah kaum kerabat suami, seperti saudara lelaki, anak saudara lelaki, bapa saudara, dan sepupu lelaki. Mereka lebih dibimbangkan daripada orang lain. kejahatan dan fitnah lebih berkemungkinan berlaku dengan mereka kerana kemungkinan berlakunya perhubungan dan khalwat dengan mereka tidak boleh dihindarkan, berlainan dengan orang-orang saing lainnya.

Sabdanya lagi:

Terjemahannya: “Janganlah seseorang kamu berkhalwat dengan seorang wanita melainkan bersama mahramnya” (Hadith Muttafaqun ‘Alaih)

HAKIKAT KHALWAT(berdua-duaan)

Hakikat khalwat ialah seorang lelaki duduk bersendirian dengan seorang wanita di belakang pandangan orang. Perkara ini banyak berlaku sekarang di rumah-rumah orang-orang islam yang mengambil orang gaji asing yang dibawa dari negara-negara tertentu tanpa mahramnya. Kemungkinan besar tuan rumah atau seorang anak lelakinya atau lelaki dari keluarga tersebut sering berkhalwat dengan orang gaji tersebut di kala keluarga tiada di rumah. Di kala itu datanglah peranan syaitan, iaitu peranan yang sungguh berbahaya dan telahpun oleh Rasulullah SAW dalam hadith yang telah lalu. Larangan ini meliputi kaum lelaki walaupun mereka itu orang-orang soleh ataupun yang sudah lanjut usia. Serta mencakupi semua kaum wanita-wanita yang solehah dan wanita tua.

Ini kerana sudah menjadi tabiat manusia di mana orang lelaki secara semulajadi cenderung kepada wanita, apalagi orang-orang gaji itu pula wanita muda dan cantik. Oleh kerana itu mengambil pekerja-pekerja asing dalam rumah seperti yang berlaku sekarang adalah dikira bahaya besar yang sedang menguji orang-orang Islam sekarang.

Saudara-saudari yang beragama islam, jauhilah pengasuh-pengasuh yang bukan beragama islam yang anda serahkan anak-anak anda kepada mereka. Boleh jadi mereka didik anak-anak anda berlainan dengan jalan agama islam lurus, baik dalam aqidah, akhlak, adab, bahasa dan lain-lain lagi yang tiada hubungan sama sekali dengan agama Islam.

CARA-CARA MENUTUP UARAT YANG DITUNTUK OLEH ISALM

Kenapa wanita islam wajib menutup aurat?

Kerana ia termaktub di dalam Al-Quran, Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud: “ hendaklah mereka mrenghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak mudah diganggu”

Cara-cara menutup aurat yang dituntuk oleh islam:

1- Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan.

2- Tudung mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang.

3- Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali.

4- Baju mestilah labuh dan longgar.

5- Kasut tinggi yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah).

6- Mesti memakai sarung kaki.

Bahagian manakah yang boleh diperhatikan?

Rasulullah SAW bersabda:

“bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan tangan”. (H.R: Abu Daud)

Muka dan tangan

Asma’ Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah: “ wahai Asma’, Sesungguhnya seorang gadis yang telah datang haid, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja” (Riwayat Muslim dan Bukhari)

Surah An-Nisaa’ayat 34, Allah SWT berfirman:

“kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita”

Sepotong ayat dari surah Al-A’raf ayat 26, Allah SWT berfirman: “hai anak keturunan Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk perhiasan, dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik”

Muka dan leher

“dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyyah yang terdahulu”

1. Bersolek

2. Menurut Miqtil: “ sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah”

Dada

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menurtup dada-dada mereka”

Wangian

“sesiapa sahaja wanita memakai wangi-wangian kemudian melewati sesuatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina” (Riwayat Nasa’I, ibn Khuzaimah Dan Hibban)

Kaki (Tumit Kaki)

“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki atau (mengangkatnya) agar diketehui perhiasan yang mereka sembunyikan” (An-Nuur: 31)

1- Menampakkan kaki

2- Menghayungkan/melenggokkan mengikut hentakan kaki

Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan?

“Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mertua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka(anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat mereka atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau hamba-hamba mereka yang tidak mempunyai syahwat(nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum ada keinginan syahwat apabila melihat kepada aurat perempuan” (An-Nur: 31)

Kesalahan-kesalahan dalam menutup aurat

v Kain yang dipakai terlalu singkat

Menurut riwayat Imam Tirmizi dan Nasa’I, dari Ummu Salamah r.a “Ya Rasulullah, bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka yang sebelah bawah? Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi ke atasnya”.

v Tudung tidak menutupi dada

Allah SWT berfirman dalam surah An nur, ayat 31, maksudnya: …hendaklah mereka ke leher dan ke dada mereka..”

v Pakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “..hendaklah kamu memimjamkan dia baju yang panjang dan longgar itu”.

v Solekan yang jelas dilihat (lipstick)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-A’raf, ayat 31 maksudnya: “pakailah perhiasanmu pada setiap waktu sembahyang. Makan dan minumlah dan jangan melampaui batasan”.

v tudung yang tidak menutupi dada

v tidak bersarung kaki

v pakaian yang ketat menampakkan susuk tubuh

v blaus yang dipakai singkat

“katakanlah kepada perempuan yang beriman: hendaklah mereka hendaklah mereka merendahkan pandangan dan menjaga kehormatan mereka…” Surah An-Nur,ayat 31.

v Lengan blaus pendek

v Tidak bersarung kaki

v Kain yang dipakai berbelah di depan dan juga berbelah di belakang

“ barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti”. Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’I dan Ibnu Majah.

MENJAGA MARUAH DIRI

Kepentingan menjaga maruah diri:

Setiap individu muslim wajib menjaga diri dan maruah dengan memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang akan mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri sendiri. Memelihara diri dan maruah amat penting demi menjaga kemuliaaan diri, keluarga , masyarakat dan negara. Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan dengan berpegang kepada ajaran islam dan tidak terpengaruh denganh unsur-unsur asing yang merusakkan.

Cara menjaga diri dan maruah:

Islam telah menggariskan panduan untuk menjaga imej diri dan maruah terutama dalam cara berpakaian, percakapan dan pergaualan. Sebagai muslim kita wajib memelihara semua adab ini supaya maruah kita tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan dari semasa kesemasa.

1) Cara berpakaian

I. Memakai pakaian yang menutup aurat, pakaian tersebut tidak ketat dan tidak jarang.

II. Memakai pakaian yang kemas dan bersih sesuaia dengan sabda Rasulullah s.a.w.

ان الله طيب يحب الطيب نظيف يحب النظافة

Maksudnya: sesungguhnya Allah itu baik dan suka akan kebaikan, suci dan suka akan kesucian.

III. Tidak memakai pakaian yang terdapat lambang-lambang yang diharamkan seperti lambang-lambang kumpulan black metal, lambang-lambang kumpulan ajaran sesat dan lambang-lambang agama lain.

2) Cara pergaulan

i. Memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu dengan saudara islam.(dalam batasan syara’).

ii. Menjaga tata susila dan hukum syara’ dalam pergaulan.

iii. Hormat menghormati , berkasih sayang dan beramah mesra antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w bersabda

" ارحموا ترحموا "

Maksudnya: kasihanilah (orang lain ) pasti kamu akan dikasihi.

iv. Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dengan orang lain.

v. Menjaga rahsia dan keaiban orang lain.

vi. Mementingkan sahabat melebihi diri sendiri.

vii. Menepati janji yang baik. sebagaimana firman Allah

والموفون بعهدهم اذاعاهدوا

Maksudnya : dan orang yang menepati janji apabila dia berjanji….

3) Cara percakapan

i. Bercakap dengan perkataan yang baik dan sekiranya tidak tahu lebih baik berdiam diri. Sabda Rasulullah s.a.w

" من كان يؤمن بالله يوم الاخر فليقل خيرا أو ليصمت "

Maksudnya: sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap perkara yang baik atau diam.

ii. Berlemah lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabila berintraksi.

iii. Percakapan yang menyenangkan.

iv. Bercakap tentang perkara yang membawa kemajuan diri , masyarakat dan negara.

v. Bercakap benar tentang perkara yang diketahui