Monday, October 4, 2010

PERGAULAN BEBAS (IKHTILAATH)

DEFINISI:

“Percampuran bebas ialah berkumpulnya lelaki dan perempuan yang bukan mahram, atau lelaki dan perempuan yang bukan mahram di satu tempat yang membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan pandangan atau isyarat atau percakapan. Seorang lelaki yang berkhalwat dengan wanita asing (ajnabi) yang bukan mahramnya dalam keadaan apa pun dikira termasuk dalam erti kata ikhtilaath ini.

HUKUMNYA

Ikhthilaath haram hukumnya. Ia termasuk antara perkara-perkara yang paling berbahaya yang diancam orang islam supaya menjauhinya, kerana percampuran antara dua jenis yang berlainan itu, iaitu lelaki dan perempuan adalah diantara sebesar-besar sebab yang memudahkan berlakunya kejahatan (zina). Yang paling bahaya ialah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang perempuan kerana perbuatan itu menjadi jalan untuk syaitan.

Rasulullah SAW bersabda:

“tidak berkhalwat (berdua duaan) seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan syaitanlah yang ketiganya”. (HR Ahmad, at-Tirmidzi dan al-Hakim dan beliau mensahihkannya)

DALIL-DALIL PENGHARAMAN KHALWAT (BERDUA-DUAAN) DENGAN AJNABI

Terjemahan: “..dan apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi), maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir; yang demikian itu lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka..” (Surah al-Ahzab: 53)

Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah kamu masuk rumah menemui wanita-wanita. Maka seorang lelaki Anshar bertanya: bagaimana pendapat anda mengenai al-Hammu? Baginda menjawab: Al-Hammu itu adalah al-Mautu (kematian). (Hadith Muttafaqun ‘Alaih)

Al-Hammu ialah kaum kerabat suami, seperti saudara lelaki, anak saudara lelaki, bapa saudara, dan sepupu lelaki. Mereka lebih dibimbangkan daripada orang lain. kejahatan dan fitnah lebih berkemungkinan berlaku dengan mereka kerana kemungkinan berlakunya perhubungan dan khalwat dengan mereka tidak boleh dihindarkan, berlainan dengan orang-orang saing lainnya.

Sabdanya lagi:

Terjemahannya: “Janganlah seseorang kamu berkhalwat dengan seorang wanita melainkan bersama mahramnya” (Hadith Muttafaqun ‘Alaih)

HAKIKAT KHALWAT(berdua-duaan)

Hakikat khalwat ialah seorang lelaki duduk bersendirian dengan seorang wanita di belakang pandangan orang. Perkara ini banyak berlaku sekarang di rumah-rumah orang-orang islam yang mengambil orang gaji asing yang dibawa dari negara-negara tertentu tanpa mahramnya. Kemungkinan besar tuan rumah atau seorang anak lelakinya atau lelaki dari keluarga tersebut sering berkhalwat dengan orang gaji tersebut di kala keluarga tiada di rumah. Di kala itu datanglah peranan syaitan, iaitu peranan yang sungguh berbahaya dan telahpun oleh Rasulullah SAW dalam hadith yang telah lalu. Larangan ini meliputi kaum lelaki walaupun mereka itu orang-orang soleh ataupun yang sudah lanjut usia. Serta mencakupi semua kaum wanita-wanita yang solehah dan wanita tua.

Ini kerana sudah menjadi tabiat manusia di mana orang lelaki secara semulajadi cenderung kepada wanita, apalagi orang-orang gaji itu pula wanita muda dan cantik. Oleh kerana itu mengambil pekerja-pekerja asing dalam rumah seperti yang berlaku sekarang adalah dikira bahaya besar yang sedang menguji orang-orang Islam sekarang.

Saudara-saudari yang beragama islam, jauhilah pengasuh-pengasuh yang bukan beragama islam yang anda serahkan anak-anak anda kepada mereka. Boleh jadi mereka didik anak-anak anda berlainan dengan jalan agama islam lurus, baik dalam aqidah, akhlak, adab, bahasa dan lain-lain lagi yang tiada hubungan sama sekali dengan agama Islam.

No comments:

Post a Comment