Monday, October 4, 2010

PERGAULAN BEBAS (IKHTILAATH)

DEFINISI:

“Percampuran bebas ialah berkumpulnya lelaki dan perempuan yang bukan mahram, atau lelaki dan perempuan yang bukan mahram di satu tempat yang membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan pandangan atau isyarat atau percakapan. Seorang lelaki yang berkhalwat dengan wanita asing (ajnabi) yang bukan mahramnya dalam keadaan apa pun dikira termasuk dalam erti kata ikhtilaath ini.

HUKUMNYA

Ikhthilaath haram hukumnya. Ia termasuk antara perkara-perkara yang paling berbahaya yang diancam orang islam supaya menjauhinya, kerana percampuran antara dua jenis yang berlainan itu, iaitu lelaki dan perempuan adalah diantara sebesar-besar sebab yang memudahkan berlakunya kejahatan (zina). Yang paling bahaya ialah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang perempuan kerana perbuatan itu menjadi jalan untuk syaitan.

Rasulullah SAW bersabda:

“tidak berkhalwat (berdua duaan) seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan syaitanlah yang ketiganya”. (HR Ahmad, at-Tirmidzi dan al-Hakim dan beliau mensahihkannya)

DALIL-DALIL PENGHARAMAN KHALWAT (BERDUA-DUAAN) DENGAN AJNABI

Terjemahan: “..dan apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi), maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir; yang demikian itu lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka..” (Surah al-Ahzab: 53)

Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah kamu masuk rumah menemui wanita-wanita. Maka seorang lelaki Anshar bertanya: bagaimana pendapat anda mengenai al-Hammu? Baginda menjawab: Al-Hammu itu adalah al-Mautu (kematian). (Hadith Muttafaqun ‘Alaih)

Al-Hammu ialah kaum kerabat suami, seperti saudara lelaki, anak saudara lelaki, bapa saudara, dan sepupu lelaki. Mereka lebih dibimbangkan daripada orang lain. kejahatan dan fitnah lebih berkemungkinan berlaku dengan mereka kerana kemungkinan berlakunya perhubungan dan khalwat dengan mereka tidak boleh dihindarkan, berlainan dengan orang-orang saing lainnya.

Sabdanya lagi:

Terjemahannya: “Janganlah seseorang kamu berkhalwat dengan seorang wanita melainkan bersama mahramnya” (Hadith Muttafaqun ‘Alaih)

HAKIKAT KHALWAT(berdua-duaan)

Hakikat khalwat ialah seorang lelaki duduk bersendirian dengan seorang wanita di belakang pandangan orang. Perkara ini banyak berlaku sekarang di rumah-rumah orang-orang islam yang mengambil orang gaji asing yang dibawa dari negara-negara tertentu tanpa mahramnya. Kemungkinan besar tuan rumah atau seorang anak lelakinya atau lelaki dari keluarga tersebut sering berkhalwat dengan orang gaji tersebut di kala keluarga tiada di rumah. Di kala itu datanglah peranan syaitan, iaitu peranan yang sungguh berbahaya dan telahpun oleh Rasulullah SAW dalam hadith yang telah lalu. Larangan ini meliputi kaum lelaki walaupun mereka itu orang-orang soleh ataupun yang sudah lanjut usia. Serta mencakupi semua kaum wanita-wanita yang solehah dan wanita tua.

Ini kerana sudah menjadi tabiat manusia di mana orang lelaki secara semulajadi cenderung kepada wanita, apalagi orang-orang gaji itu pula wanita muda dan cantik. Oleh kerana itu mengambil pekerja-pekerja asing dalam rumah seperti yang berlaku sekarang adalah dikira bahaya besar yang sedang menguji orang-orang Islam sekarang.

Saudara-saudari yang beragama islam, jauhilah pengasuh-pengasuh yang bukan beragama islam yang anda serahkan anak-anak anda kepada mereka. Boleh jadi mereka didik anak-anak anda berlainan dengan jalan agama islam lurus, baik dalam aqidah, akhlak, adab, bahasa dan lain-lain lagi yang tiada hubungan sama sekali dengan agama Islam.

CARA-CARA MENUTUP UARAT YANG DITUNTUK OLEH ISALM

Kenapa wanita islam wajib menutup aurat?

Kerana ia termaktub di dalam Al-Quran, Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud: “ hendaklah mereka mrenghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak mudah diganggu”

Cara-cara menutup aurat yang dituntuk oleh islam:

1- Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan.

2- Tudung mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang.

3- Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali.

4- Baju mestilah labuh dan longgar.

5- Kasut tinggi yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah).

6- Mesti memakai sarung kaki.

Bahagian manakah yang boleh diperhatikan?

Rasulullah SAW bersabda:

“bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan tangan”. (H.R: Abu Daud)

Muka dan tangan

Asma’ Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah: “ wahai Asma’, Sesungguhnya seorang gadis yang telah datang haid, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja” (Riwayat Muslim dan Bukhari)

Surah An-Nisaa’ayat 34, Allah SWT berfirman:

“kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita”

Sepotong ayat dari surah Al-A’raf ayat 26, Allah SWT berfirman: “hai anak keturunan Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk perhiasan, dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik”

Muka dan leher

“dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyyah yang terdahulu”

1. Bersolek

2. Menurut Miqtil: “ sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah”

Dada

“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menurtup dada-dada mereka”

Wangian

“sesiapa sahaja wanita memakai wangi-wangian kemudian melewati sesuatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina” (Riwayat Nasa’I, ibn Khuzaimah Dan Hibban)

Kaki (Tumit Kaki)

“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki atau (mengangkatnya) agar diketehui perhiasan yang mereka sembunyikan” (An-Nuur: 31)

1- Menampakkan kaki

2- Menghayungkan/melenggokkan mengikut hentakan kaki

Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan?

“Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mertua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka(anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat mereka atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau hamba-hamba mereka yang tidak mempunyai syahwat(nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum ada keinginan syahwat apabila melihat kepada aurat perempuan” (An-Nur: 31)

Kesalahan-kesalahan dalam menutup aurat

v Kain yang dipakai terlalu singkat

Menurut riwayat Imam Tirmizi dan Nasa’I, dari Ummu Salamah r.a “Ya Rasulullah, bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka yang sebelah bawah? Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi ke atasnya”.

v Tudung tidak menutupi dada

Allah SWT berfirman dalam surah An nur, ayat 31, maksudnya: …hendaklah mereka ke leher dan ke dada mereka..”

v Pakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “..hendaklah kamu memimjamkan dia baju yang panjang dan longgar itu”.

v Solekan yang jelas dilihat (lipstick)

Allah SWT berfirman dalam surah Al-A’raf, ayat 31 maksudnya: “pakailah perhiasanmu pada setiap waktu sembahyang. Makan dan minumlah dan jangan melampaui batasan”.

v tudung yang tidak menutupi dada

v tidak bersarung kaki

v pakaian yang ketat menampakkan susuk tubuh

v blaus yang dipakai singkat

“katakanlah kepada perempuan yang beriman: hendaklah mereka hendaklah mereka merendahkan pandangan dan menjaga kehormatan mereka…” Surah An-Nur,ayat 31.

v Lengan blaus pendek

v Tidak bersarung kaki

v Kain yang dipakai berbelah di depan dan juga berbelah di belakang

“ barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti”. Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’I dan Ibnu Majah.

MENJAGA MARUAH DIRI

Kepentingan menjaga maruah diri:

Setiap individu muslim wajib menjaga diri dan maruah dengan memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang akan mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri sendiri. Memelihara diri dan maruah amat penting demi menjaga kemuliaaan diri, keluarga , masyarakat dan negara. Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan dengan berpegang kepada ajaran islam dan tidak terpengaruh denganh unsur-unsur asing yang merusakkan.

Cara menjaga diri dan maruah:

Islam telah menggariskan panduan untuk menjaga imej diri dan maruah terutama dalam cara berpakaian, percakapan dan pergaualan. Sebagai muslim kita wajib memelihara semua adab ini supaya maruah kita tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan dari semasa kesemasa.

1) Cara berpakaian

I. Memakai pakaian yang menutup aurat, pakaian tersebut tidak ketat dan tidak jarang.

II. Memakai pakaian yang kemas dan bersih sesuaia dengan sabda Rasulullah s.a.w.

ان الله طيب يحب الطيب نظيف يحب النظافة

Maksudnya: sesungguhnya Allah itu baik dan suka akan kebaikan, suci dan suka akan kesucian.

III. Tidak memakai pakaian yang terdapat lambang-lambang yang diharamkan seperti lambang-lambang kumpulan black metal, lambang-lambang kumpulan ajaran sesat dan lambang-lambang agama lain.

2) Cara pergaulan

i. Memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu dengan saudara islam.(dalam batasan syara’).

ii. Menjaga tata susila dan hukum syara’ dalam pergaulan.

iii. Hormat menghormati , berkasih sayang dan beramah mesra antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w bersabda

" ارحموا ترحموا "

Maksudnya: kasihanilah (orang lain ) pasti kamu akan dikasihi.

iv. Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dengan orang lain.

v. Menjaga rahsia dan keaiban orang lain.

vi. Mementingkan sahabat melebihi diri sendiri.

vii. Menepati janji yang baik. sebagaimana firman Allah

والموفون بعهدهم اذاعاهدوا

Maksudnya : dan orang yang menepati janji apabila dia berjanji….

3) Cara percakapan

i. Bercakap dengan perkataan yang baik dan sekiranya tidak tahu lebih baik berdiam diri. Sabda Rasulullah s.a.w

" من كان يؤمن بالله يوم الاخر فليقل خيرا أو ليصمت "

Maksudnya: sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap perkara yang baik atau diam.

ii. Berlemah lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabila berintraksi.

iii. Percakapan yang menyenangkan.

iv. Bercakap tentang perkara yang membawa kemajuan diri , masyarakat dan negara.

v. Bercakap benar tentang perkara yang diketahui