Monday, October 4, 2010

MENJAGA MARUAH DIRI

Kepentingan menjaga maruah diri:

Setiap individu muslim wajib menjaga diri dan maruah dengan memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang akan mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri sendiri. Memelihara diri dan maruah amat penting demi menjaga kemuliaaan diri, keluarga , masyarakat dan negara. Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan dengan berpegang kepada ajaran islam dan tidak terpengaruh denganh unsur-unsur asing yang merusakkan.

Cara menjaga diri dan maruah:

Islam telah menggariskan panduan untuk menjaga imej diri dan maruah terutama dalam cara berpakaian, percakapan dan pergaualan. Sebagai muslim kita wajib memelihara semua adab ini supaya maruah kita tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan dari semasa kesemasa.

1) Cara berpakaian

I. Memakai pakaian yang menutup aurat, pakaian tersebut tidak ketat dan tidak jarang.

II. Memakai pakaian yang kemas dan bersih sesuaia dengan sabda Rasulullah s.a.w.

ان الله طيب يحب الطيب نظيف يحب النظافة

Maksudnya: sesungguhnya Allah itu baik dan suka akan kebaikan, suci dan suka akan kesucian.

III. Tidak memakai pakaian yang terdapat lambang-lambang yang diharamkan seperti lambang-lambang kumpulan black metal, lambang-lambang kumpulan ajaran sesat dan lambang-lambang agama lain.

2) Cara pergaulan

i. Memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu dengan saudara islam.(dalam batasan syara’).

ii. Menjaga tata susila dan hukum syara’ dalam pergaulan.

iii. Hormat menghormati , berkasih sayang dan beramah mesra antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w bersabda

" ارحموا ترحموا "

Maksudnya: kasihanilah (orang lain ) pasti kamu akan dikasihi.

iv. Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dengan orang lain.

v. Menjaga rahsia dan keaiban orang lain.

vi. Mementingkan sahabat melebihi diri sendiri.

vii. Menepati janji yang baik. sebagaimana firman Allah

والموفون بعهدهم اذاعاهدوا

Maksudnya : dan orang yang menepati janji apabila dia berjanji….

3) Cara percakapan

i. Bercakap dengan perkataan yang baik dan sekiranya tidak tahu lebih baik berdiam diri. Sabda Rasulullah s.a.w

" من كان يؤمن بالله يوم الاخر فليقل خيرا أو ليصمت "

Maksudnya: sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap perkara yang baik atau diam.

ii. Berlemah lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabila berintraksi.

iii. Percakapan yang menyenangkan.

iv. Bercakap tentang perkara yang membawa kemajuan diri , masyarakat dan negara.

v. Bercakap benar tentang perkara yang diketahui

No comments:

Post a Comment